Romeo+Juliet Trailer

Wednesday, May 13, 2015

Poster Cinta Sejati

Akan datang menemui anda di pawagam berhampiran.

"my love as deep the more I give to thee"-Romeo



"These violent delights have violent end and their trumph die, like fire and powder, which as they kiss consume”.



Cinta Romeo dan Juliet adalah cinta terlarang antara dua keluarga. Tiada apa yang dapat melawan kekuatan kasih sayang mereka. Biar bulan dan bintang tidak kembali, biar matahari tidak memunculkan diri, namun engkau tetap di hati. Itu la Romeo dan Juliet sepasang kekasih sehidup semati. 



Juliet dari pandangan Penulis

Juliet merupakan satu watak yang menarik untuk dilihat di dalam filem ini. Juliet dibentangkan sebagai tenang dan patuh namun walau bagaimanapun, beliau mempunyai satu kekuatan dalaman yang membolehkan dia mempunyai kematangan melebihi umur beliau. Perkara ini dapat dilihat apabila ibu bapanya meminta beliau berkahwin dengan lelaki bernama Paris beliau menjawab dengan dialog berikut:

"I'll look to like, if looking liking move" (I.3.97).
Apabila beliau bertemu dan jatuh cinta dengan Romeo, beliau bersedia untuk menentang ibu bapanya dan berkahwin Romeo secara rahsia. Di dalam filem ini, Capulet menuntut haknya sebagai bapanya untuk mengahwinkan Juliet dengan Paris dan mengecam Juliet untuk membuang Juliet dari keluarga sekiranya Juliet tidak bersetuju. 


Perkara seperti ini memperlihatkan bahawa kesengsaraan dan pengorbanan Juliet melebihi daripada Romeo. Hal ini kerana, selepas menembak Tybalt, Romeo telah dibuang negeri, namun begitu dia masih boleh berhubung dengan ibu bapa, dan rakan-rakannya. Namun begitu, jika Juliet enggan berkahwin dengan Dave Paris dia kan dihalau dari rumah dan dibuang keluarga. Sebagai seorang gadis perkara ini amat menyiksakan jiwa Juliet. Keengganannya untuk berkahwin dengan Paris telah mendapat tentangan kedua ibu bapanya malahan Nurse juga menyarankan Juliet melupakan Romeo dan berkahwin dengan Paris. Ini amat memeritkan untuk gadis yang masih memerlukan keluarganya dan sokongan daripada keluarganya.

Juliet, bagaimanapun, tidak mempedulikan ugutan itu dan tegas dengan keputusannya untuk rela mati dari berkahwin dengan Paris. Perasaan Juliet yang tetap dengan pendirian untuk membunuh diri telah membuatkan Father memberi satu cecair untuk mati sementara. Akhirnya kedua-dua pasangan ini mati atas dasar cinta dan pengorbanan.


Ketika bapa Juliet memberi amaran kepadanya.

Juliet kekasih setia

Juliet adalah seorang gadis yang cantik, baik hati dan seorang puteri kepada Fulgencio Capulet dan Gloria Capulet. Pada usia yang begitu muda, Juliet telah dipaksa untuk berkahwin dengan  Dave Paris seorang anak gabenor.

Walaupun beliau seorang gadis yang berumur 13 tahun, namun ketegasan beliau telah terserlah dengan membuktikan cintanya untuk nekad berkahwin dengan Romeo. Selain itu, Juliet juga seorang yang manja. Beliau rapat dan manja dengan pengasuhnya iaitu The Nurse.

Melalui cinta pandang pertamanya kepada Romeo, Juliet sering berangan-angan untuk bersama dengan Romeo. Usianya yang begitu muda juga membuatkan Juliet bersikap terburu-buru dengan keputusan yang diambil. Contohnya, setelah bapanya ingin mengahwinkan beliau dengan Dave Paris, beliau terus sahaja berjumpa dengan Father Lawrence untuk membunuh diri.

 Baginya lebih rela mati daripada hidup dengan orang yang tidak dicintai.

Juliet dan Romeo

Juliet seorang yang rupawan.




Sunday, May 10, 2015

Watak dan Perwatakan

Romeo
Anak lelaki kepada pasangan Montague dan Lady Montague. Beliau seorang yang kacak, pandai dan seorang yang sensitif. Walaupun kedua-dua keluarga iaitu Capulet dan Montague bertelagah dan sering bergaduh, namun Romeo sebagai anak tunggal Montague tidak mempunyai sebarang perasaan untuk melakukan sebarang keganasan terhadap musuh keluarganya. Romeo seorang pencinta. Beliau mencintai Rosaline, namun apabila beliau menghadari parti di rumah keluarga Capulet, perasaannya berubah dan jatuh cinta pandang pertama kepada Juliet. Watak romeo yang romantik dan sanggup lakukan apa sahaja demi cintanya. Buktinya, beliau sanggup meminum racun kerana mengetahui cinta hatinya sudah meninggal dunia. 

Juliet
Anak perempuan kepada Capulet dan Lady Capulet. Juliet adalah seorang gadis yang cantik, lemah lembut, dan tegas. Perwatakannya yang begitu telah membuatkan Dave Paris terpikat kepadanya dan Capulet ingin mengahwinkan Juliet dengan Paris. Pertemuan pandang pertama dengan Romeo di rumahnya memberi seribu satu kegembiraan kerana beliau jatuh cinta kepada Romeo. Namun ianya tidak berpanjangan apabila beliau mengetahui bahawa Romeo adalah anak kepada musuh keluarganya. Juliet yang setia dan yakin dengan Romeo sanggup menggadaikan masa hadapannya untuk berkahwin tanpa restu keluarga walaupun konflik antara pembunuhan Romeo terhadap sepupunya, Tybalt berlaku.

Father Lawrence 
Beliau adalah seorang Paderi Kristian yang rapat dengan Romeo. Sebagai seorang ketua Paderi, Romeo telah merujuk kepada Father Lawrence untuk mengahwinkan mereka berdua. Father bersetuju mengahwinkan mereka supaya keamanan di antara Montague dan Capulet akan tercapai dan bersatu. Sebagai seorang ahli agama, beliau juga mahir di dalam ilmu mistik. Buktinya, beliau telah memberi Juliet satu ubat yang boleh membuatkannya mati sementara. 

Mercutio
Seorang kawan rapat kepada Romeo. Beperwatakan yang riang dan seorang yang aneh. Beliau juga gemar memakai pakaian yang bergaya dan terkini. Mercutio juga seorang kawan yang setia sehingga tidak sanggup melihat Romeo di pukul dan akhirnya beliau mati di tangan Tybalt. Beliau juga merasakan cinta yang dihadapi oleh Romeo sangat merumitkan sedangkan ianya hanya sesuatu perkara biasa.

The Nurse
Beliau adalah pengasuh dan menjaga Juliet dari kecil sehingga dan setia hingga ke akhirnya. Walaupun pada mulanya beliau dilihat seperti tidak menyetujui hubungan antara mereka berdua, namun Nurse tetap menolong Juliet untuk berhubung dengan Romeo. Sikap kasih sayang dan ambil berat yang di tunjukkan oleh Nurse di lihat sebagai seorang penyayang dan penyokong setia Juliet untuk melakukan segala perkara yang dirahsiakan antara mereka. Kesanggupan Juliet untuk berkorban demi Romeo dilihat sebagai satu yang menakjubkan dari segi pandangan beliau. 

Tybalt
Beliau adalah sepupu kepada Juliet. Seorang yang sangat gemar bergaya. Namun, seorang yang ganas, suka bergaduh, pantang dicabar, dan ego. Disebabkan oleh itu, berlaku pergaduhan antara beliau dan Romeo di tepi pantai Verona sehingga menyebabkan kematian Mercutio.


Benvolio
Beliau adalah sepupu kepada Romeo. Seorang yang rapat dan sering menasihati Romeo dalam segala jua perkara. Setia dan berani untuk berlawan dengan keluarga Capulet Beliau lebih menonjol apabila menjadi teman mendengar dan pemberi nasihat kepada Romeo tentang cinta.


Fulgencio Capulet 
Ayah kepada Juliet. Beliau seorang bapa yang penyayang kerana inginkan sesuatu yang terbaik untuk anaknya kerana ingin mengahwinkan dengan Dave Paris iaitu seorang lelaki tampan daripada keluarga yang ternama. Namun begitu, sikap memaksanya adalah tidak baik kerana disebabkan itu, Juliet memberontak dan melakukan perkara yang luar biasa. 

Gloria Capulet 
Ibu Juliet. Walaupun watak ibunya tidak begitu menonjol, namun beliau tetap memainkan peranan sebagai ibu kepada Juliet dengan mententeramkan Juliet dan inginkan Juliet mengahwini Paris yang dilihat sama cantik dan padan itu. Beliau juga amat bergantung kepada Nurse untuk membantunya kerana Juliet lebih gemar bercerita kepada pengasuhnya itu.  

Ted Montague
Bapa kepada Romeo. Tidak begitu menonjol wataknya, namun seorang yang mengambil berat kerana pada permulaan cerita dilihat bapanya melihat Romeo sedang bersedih di atas  cintanya terhadap Rosaline.


 Dave Paris
Seorang lelaki yang kacak dan berkarisma. Dilihat sebagai seorang yang kaya dan menjadi pilihat Capulet untuk dikahwinkan dengan Juliet.



Captain Prince
Ketua Police ni Fair Verona. Seorang yang berpengaruh dan mempunyai kuasa . Beliau akan memantau segala yang berlaku di sana dan mengembalikan keamanan rakyat.


Latar Romeo dan Juliet

Latar
Latar di dalam filem ini berbeza dengan karya asal dan tujuan utama kumpulan produksi melakukan hal ini adalah kerana untuk mengurangkan ketidakfahaman penggunaan bahasa klasik di dalam filem ini. Penggunaan latar yang lebih moden membantu penonton meningkatkan tahap kefahaman mereka sewaktu menonton filem ini. Baz Luhrmann sebagai pengarah telah membuat penggabungan unsur moden dan klasik bagi filem ini.  Luhrmann dan rakan penulisan skrip beliau, Craig Pearce, memutuskan bahawa, walaupun mereka tidak mahu menggunakan sepenuhnya latar zaman pemerintahan Queen Elizabeth seperti yang digambarkan di dalam karya asal tetapi mereka bersetuju memasukkan elemen sosial, agama dan politik seperti yang digunakan Shakespeare.


      

Mereka akhirnya memutuskan Mexico sebagai lokasi utama untuk mewujudkan suasana ini tetapi di dalam konteks yang lebih moden. Lokasi asal iaitu di Verona, Italy telah menjadi Verona Beach untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Sinopsis Romeo dan Juliet

Filem ini merupakan sebuah filem adaptasi dari karya William Shakespeare yang terkenal iaitu Romeo dan Juliet. Tajuk filem ini hampir sama dengan karya asal, namun terdapat perbezaan di mana filem ini telah dimodenkan. Walaupun telah dimodenkan, filem ini menggunakan bahasa Inggeris klasik iaitu bahasa asal yang terdapat di dalam skrip drama Romeo Juliet. Filem ini mengangkat kisah tragis dua anak muda, iaitu Romeo dan Juliet. Mereka bercinta namun kisah percintaan mereka berakhir dengan tragedi di mana kedua- duanya meninggal dunia. Kisah ini berlatarkan Verona Beach, Amerika Syarikat, bukan di Verona, Itali seperti asalnya dan latar masanya ialah pada abad ke-20, bukan abad ke-17. Namun kisahnya masih mengikuti tema asalnya.

Latar tempat yang dijadikan satu lokasi utama untuk pembikinan filem ini


Kisah bermula apabila ditonjolkan mengenai pergaduhan dua buah keluarga besar iaitu, keluarga Montague dan Capulets. Kedua-dua keluarga ini sudah menjadi musuh sejak puluhan tahun lalu. Perang dingin diantara kedua-dua buah keluarga ini kadang kala memberi kesan kepada penduduk sekitar. Pada suatu hari, Romeo telah menghadiri pesta yang diadakan di kediaman musuhnya iaitu keluarga Capulet. Semasa berada di sana, Romeo telah terpandang sorang gadis yang mempunyai kecantikan yang luar biasa. 

Kali pertama bertentang mata.


Dengan sekelip mata Romeo merasakan dia telah jatuh cinta dengan gadis itu. Gadis tersebut bernama Juliet dan sebenarnya Juliet merupakan anak perempuan keluarga Capulet.

Cinta pandang pertama antara Romeo dan Juliet.


Sewaktu di pesta itu juga Romeo mengetahui bahawa gadis itu sebenarnya dari keluarga Capulet dan Juliet juga diberitahu oleh penjaganya bahawa lelaki tersebut merupakan anak lelaki keluarga Montague.

Pesta di rumah Capulet.


Perasaan mereka bercampur baur kerana sudah pasti mereka tidak akan bersama akibat permusuhan di antara keluarga mereka. Romeo mahukan penjelasan daripada Juliet berkenaan perasaannya dan telah ke kediaman Capulet pada malam itu. Semasa berada di sana Romeo mendengar kata-kata Juliet bahawa dia juga turut mempunyai perasaan terhadap Romeo dan sanggup menghadapi rintangi untuk hidup bersama. Pada malam itu juga mereka telah berjanji untuk berkahwin.
Perjanjian antara mereka untuk berkahwin.


Romeo telah berjumpa dengan seorang paderi bernama Father Lawrence dan meminta beliau mengahwinkan mereka berdua. Seperti yang dijanjikan mereka bertemu di gereja dan akhirnya berkahwin.

Berkahwin demi cinta.


Perkahwinan mereka ini adalah secara rahsia hanya diketahui Father Lawrence dan pengasuh kepada Juliet. Konflik memuncak apabila Tybalt sepupu kepada Juliet telah menyerang Romeo kerana mendapat tahu Romeo telah hadir ke rumah keluarga Montague sewaktu pesta hari jadi Juliet tempoh hari. Tybalt ingin membunuh Romeo tetapi dengan tidak sengaja telah membunuh rakan baik Romeo dan hal ini membuat Romeo marah dan akhirnya menyerang Tybalt kembali. 

Mercutio yang sanggup mati demi sahabatnya.


Tanpa berfikir panjang dan waras, Romeo telah menembak Tybalt. Perkara ini menyebabkan Romeo diburu oleh pihak berkuasa dan akibatnya Romeo terpaksa menyembunyikan diri dan meninggalkan Juliet.

Romeo dalam keadaan marah telah menembak Tybalt.


Sementara itu, ibu bapa Juliet telah merancang untuk mengahwinkan Juliet dengan Dave Paris anak kepada gabenor yang dihormati di kawasan itu. Juliet tidak bersetuju dengan perkara ini dan telah berjumpa dengan Father Lawrence untuk memohon pertolongan. Father Lawrence telah memberikan ramuan rahsia di mana membuatkan Juliet tertidur tetapi kelihatan seakan-akan tidak bernafas lagi bagi mengelakkan dia dikahwinkan dengan Dave Paris pada keesokkan harinya. 

Racun sementara diberi oleh Father Lawrence.


Father Lawrence telah mengirimkan pesanan kepada Romeo berkenaan perkara ini tetapi Romeo tidak membacanya. Sepupu Romeo telah mendapatkan Romeo ditempat persembunyiannya dan memberitahu Juliet telah meninggal dunia. Romeo segera pulang ke Verona Beach. Romeo mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya di sisi Juliet dengan meminum racun. Ketika itu Juliet telah tersedar dan melihat Romeo mahu meminum racun tersebut. Oleh kerana terlewat, Romeo telah meminum racun tersebut dan meninggal dunia. Juliet akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan menembak dirinya.

Cinta sehidup semati.
Akhirnya, mereka mati bersama.
Juliet membunuh diri demi Romeo.