Romeo+Juliet Trailer

Sunday, May 10, 2015

Sinopsis Romeo dan Juliet

Filem ini merupakan sebuah filem adaptasi dari karya William Shakespeare yang terkenal iaitu Romeo dan Juliet. Tajuk filem ini hampir sama dengan karya asal, namun terdapat perbezaan di mana filem ini telah dimodenkan. Walaupun telah dimodenkan, filem ini menggunakan bahasa Inggeris klasik iaitu bahasa asal yang terdapat di dalam skrip drama Romeo Juliet. Filem ini mengangkat kisah tragis dua anak muda, iaitu Romeo dan Juliet. Mereka bercinta namun kisah percintaan mereka berakhir dengan tragedi di mana kedua- duanya meninggal dunia. Kisah ini berlatarkan Verona Beach, Amerika Syarikat, bukan di Verona, Itali seperti asalnya dan latar masanya ialah pada abad ke-20, bukan abad ke-17. Namun kisahnya masih mengikuti tema asalnya.

Latar tempat yang dijadikan satu lokasi utama untuk pembikinan filem ini


Kisah bermula apabila ditonjolkan mengenai pergaduhan dua buah keluarga besar iaitu, keluarga Montague dan Capulets. Kedua-dua keluarga ini sudah menjadi musuh sejak puluhan tahun lalu. Perang dingin diantara kedua-dua buah keluarga ini kadang kala memberi kesan kepada penduduk sekitar. Pada suatu hari, Romeo telah menghadiri pesta yang diadakan di kediaman musuhnya iaitu keluarga Capulet. Semasa berada di sana, Romeo telah terpandang sorang gadis yang mempunyai kecantikan yang luar biasa. 

Kali pertama bertentang mata.


Dengan sekelip mata Romeo merasakan dia telah jatuh cinta dengan gadis itu. Gadis tersebut bernama Juliet dan sebenarnya Juliet merupakan anak perempuan keluarga Capulet.

Cinta pandang pertama antara Romeo dan Juliet.


Sewaktu di pesta itu juga Romeo mengetahui bahawa gadis itu sebenarnya dari keluarga Capulet dan Juliet juga diberitahu oleh penjaganya bahawa lelaki tersebut merupakan anak lelaki keluarga Montague.

Pesta di rumah Capulet.


Perasaan mereka bercampur baur kerana sudah pasti mereka tidak akan bersama akibat permusuhan di antara keluarga mereka. Romeo mahukan penjelasan daripada Juliet berkenaan perasaannya dan telah ke kediaman Capulet pada malam itu. Semasa berada di sana Romeo mendengar kata-kata Juliet bahawa dia juga turut mempunyai perasaan terhadap Romeo dan sanggup menghadapi rintangi untuk hidup bersama. Pada malam itu juga mereka telah berjanji untuk berkahwin.
Perjanjian antara mereka untuk berkahwin.


Romeo telah berjumpa dengan seorang paderi bernama Father Lawrence dan meminta beliau mengahwinkan mereka berdua. Seperti yang dijanjikan mereka bertemu di gereja dan akhirnya berkahwin.

Berkahwin demi cinta.


Perkahwinan mereka ini adalah secara rahsia hanya diketahui Father Lawrence dan pengasuh kepada Juliet. Konflik memuncak apabila Tybalt sepupu kepada Juliet telah menyerang Romeo kerana mendapat tahu Romeo telah hadir ke rumah keluarga Montague sewaktu pesta hari jadi Juliet tempoh hari. Tybalt ingin membunuh Romeo tetapi dengan tidak sengaja telah membunuh rakan baik Romeo dan hal ini membuat Romeo marah dan akhirnya menyerang Tybalt kembali. 

Mercutio yang sanggup mati demi sahabatnya.


Tanpa berfikir panjang dan waras, Romeo telah menembak Tybalt. Perkara ini menyebabkan Romeo diburu oleh pihak berkuasa dan akibatnya Romeo terpaksa menyembunyikan diri dan meninggalkan Juliet.

Romeo dalam keadaan marah telah menembak Tybalt.


Sementara itu, ibu bapa Juliet telah merancang untuk mengahwinkan Juliet dengan Dave Paris anak kepada gabenor yang dihormati di kawasan itu. Juliet tidak bersetuju dengan perkara ini dan telah berjumpa dengan Father Lawrence untuk memohon pertolongan. Father Lawrence telah memberikan ramuan rahsia di mana membuatkan Juliet tertidur tetapi kelihatan seakan-akan tidak bernafas lagi bagi mengelakkan dia dikahwinkan dengan Dave Paris pada keesokkan harinya. 

Racun sementara diberi oleh Father Lawrence.


Father Lawrence telah mengirimkan pesanan kepada Romeo berkenaan perkara ini tetapi Romeo tidak membacanya. Sepupu Romeo telah mendapatkan Romeo ditempat persembunyiannya dan memberitahu Juliet telah meninggal dunia. Romeo segera pulang ke Verona Beach. Romeo mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya di sisi Juliet dengan meminum racun. Ketika itu Juliet telah tersedar dan melihat Romeo mahu meminum racun tersebut. Oleh kerana terlewat, Romeo telah meminum racun tersebut dan meninggal dunia. Juliet akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan menembak dirinya.

Cinta sehidup semati.
Akhirnya, mereka mati bersama.
Juliet membunuh diri demi Romeo.



1 comment:

  1. thank you, sangat membantu untuk lebih memahami tentang Romeo dan Juliet :)

    ReplyDelete