Juliet merupakan
satu watak yang menarik untuk dilihat di dalam filem ini. Juliet dibentangkan
sebagai tenang dan patuh namun walau bagaimanapun, beliau mempunyai satu
kekuatan dalaman yang membolehkan dia mempunyai kematangan melebihi umur
beliau. Perkara ini dapat dilihat apabila ibu bapanya meminta beliau berkahwin
dengan lelaki bernama Paris beliau menjawab dengan dialog berikut:
"I'll look to like, if looking liking move" (I.3.97).Apabila beliau bertemu dan jatuh cinta dengan Romeo, beliau bersedia untuk menentang ibu bapanya dan berkahwin Romeo secara rahsia. Di dalam filem ini, Capulet menuntut haknya sebagai bapanya untuk mengahwinkan Juliet dengan Paris dan mengecam Juliet untuk membuang Juliet dari keluarga sekiranya Juliet tidak bersetuju.
Perkara seperti
ini memperlihatkan bahawa kesengsaraan dan pengorbanan Juliet melebihi daripada
Romeo. Hal ini kerana, selepas menembak Tybalt, Romeo telah dibuang negeri,
namun begitu dia masih boleh berhubung dengan ibu bapa, dan rakan-rakannya.
Namun begitu, jika Juliet enggan berkahwin dengan Dave Paris dia kan dihalau
dari rumah dan dibuang keluarga. Sebagai seorang gadis perkara ini amat
menyiksakan jiwa Juliet. Keengganannya untuk berkahwin dengan Paris telah mendapat
tentangan kedua ibu bapanya malahan Nurse juga menyarankan Juliet melupakan
Romeo dan berkahwin dengan Paris. Ini amat memeritkan untuk gadis yang masih
memerlukan keluarganya dan sokongan daripada keluarganya.
Juliet,
bagaimanapun, tidak mempedulikan ugutan itu dan tegas dengan keputusannya untuk
rela mati dari berkahwin dengan Paris. Perasaan Juliet yang tetap dengan
pendirian untuk membunuh diri telah membuatkan Father memberi satu cecair untuk
mati sementara. Akhirnya kedua-dua pasangan ini mati atas dasar cinta dan
pengorbanan.
Ketika bapa Juliet memberi amaran kepadanya. |
No comments:
Post a Comment