Romeo
Anak lelaki kepada pasangan Montague dan Lady
Montague. Beliau seorang yang kacak, pandai dan seorang yang sensitif. Walaupun
kedua-dua keluarga iaitu Capulet dan Montague bertelagah dan sering bergaduh,
namun Romeo sebagai anak tunggal Montague tidak mempunyai sebarang perasaan
untuk melakukan sebarang keganasan terhadap musuh keluarganya. Romeo seorang
pencinta. Beliau mencintai Rosaline, namun apabila beliau menghadari parti di
rumah keluarga Capulet, perasaannya berubah dan jatuh cinta pandang pertama
kepada Juliet. Watak romeo yang romantik dan sanggup lakukan apa sahaja demi
cintanya. Buktinya, beliau sanggup meminum racun kerana mengetahui cinta
hatinya sudah meninggal dunia.
Juliet
Anak perempuan kepada Capulet dan
Lady Capulet. Juliet adalah seorang gadis yang cantik, lemah lembut, dan tegas.
Perwatakannya yang begitu telah membuatkan Dave Paris terpikat kepadanya dan Capulet
ingin mengahwinkan Juliet dengan Paris. Pertemuan pandang pertama dengan Romeo
di rumahnya memberi seribu satu kegembiraan kerana beliau jatuh cinta kepada
Romeo. Namun ianya tidak berpanjangan apabila beliau mengetahui bahawa Romeo
adalah anak kepada musuh keluarganya. Juliet yang setia dan yakin dengan Romeo
sanggup menggadaikan masa hadapannya untuk berkahwin tanpa restu keluarga walaupun konflik antara pembunuhan Romeo terhadap sepupunya, Tybalt berlaku.
Father Lawrence
Beliau adalah seorang Paderi Kristian yang rapat dengan Romeo. Sebagai
seorang ketua Paderi, Romeo telah merujuk kepada Father Lawrence untuk
mengahwinkan mereka berdua. Father bersetuju mengahwinkan mereka supaya
keamanan di antara Montague dan Capulet akan tercapai dan bersatu. Sebagai
seorang ahli agama, beliau juga mahir di dalam ilmu mistik. Buktinya, beliau
telah memberi Juliet satu ubat yang boleh membuatkannya mati sementara.
Mercutio
Seorang kawan rapat kepada Romeo. Beperwatakan yang
riang dan seorang yang aneh. Beliau juga gemar memakai pakaian yang bergaya dan
terkini. Mercutio juga seorang kawan yang setia sehingga tidak sanggup melihat
Romeo di pukul dan akhirnya beliau mati di tangan Tybalt. Beliau juga merasakan
cinta yang dihadapi oleh Romeo sangat merumitkan sedangkan ianya hanya sesuatu
perkara biasa.
The Nurse
Beliau adalah pengasuh dan menjaga Juliet dari kecil sehingga dan setia
hingga ke akhirnya. Walaupun pada mulanya beliau dilihat seperti tidak menyetujui
hubungan antara mereka berdua, namun Nurse tetap menolong Juliet untuk
berhubung dengan Romeo. Sikap kasih sayang dan ambil berat yang di tunjukkan
oleh Nurse di lihat sebagai seorang penyayang dan penyokong setia Juliet untuk
melakukan segala perkara yang dirahsiakan antara mereka. Kesanggupan Juliet
untuk berkorban demi Romeo dilihat sebagai satu yang menakjubkan dari segi
pandangan beliau.
Tybalt
Beliau adalah sepupu kepada Juliet. Seorang yang sangat
gemar bergaya. Namun, seorang yang ganas, suka bergaduh, pantang dicabar, dan ego.
Disebabkan oleh itu, berlaku pergaduhan antara beliau dan Romeo di tepi pantai Verona
sehingga menyebabkan kematian Mercutio.
Benvolio
Beliau
adalah sepupu kepada Romeo. Seorang yang rapat dan sering menasihati Romeo
dalam segala jua perkara. Setia dan berani untuk berlawan dengan keluarga
Capulet Beliau lebih menonjol apabila menjadi teman mendengar dan pemberi
nasihat kepada Romeo tentang cinta.
Fulgencio
Capulet
Ayah kepada Juliet. Beliau seorang bapa yang penyayang kerana inginkan sesuatu
yang terbaik untuk anaknya kerana ingin mengahwinkan dengan Dave Paris iaitu
seorang lelaki tampan daripada keluarga yang ternama. Namun begitu, sikap
memaksanya adalah tidak baik kerana disebabkan itu, Juliet memberontak dan
melakukan perkara yang luar biasa.
Gloria
Capulet
Ibu
Juliet. Walaupun watak ibunya tidak begitu menonjol, namun beliau tetap
memainkan peranan sebagai ibu kepada Juliet dengan mententeramkan Juliet dan
inginkan Juliet mengahwini Paris yang dilihat sama cantik dan padan itu. Beliau
juga amat bergantung kepada Nurse untuk membantunya kerana Juliet lebih gemar
bercerita kepada pengasuhnya itu.
Ted Montague
Bapa kepada
Romeo. Tidak begitu menonjol wataknya, namun seorang yang mengambil berat
kerana pada permulaan cerita dilihat bapanya melihat Romeo sedang bersedih di
atas cintanya terhadap Rosaline.
Dave
Paris
Seorang lelaki yang kacak dan berkarisma. Dilihat sebagai seorang yang kaya dan
menjadi pilihat Capulet untuk dikahwinkan dengan Juliet.
Captain Prince
Ketua Police ni Fair Verona. Seorang yang berpengaruh dan mempunyai kuasa .
Beliau akan memantau segala yang berlaku di sana dan mengembalikan keamanan
rakyat.

No comments:
Post a Comment