Latar
Latar di dalam filem ini berbeza dengan karya asal dan tujuan utama
kumpulan produksi melakukan hal ini adalah kerana untuk mengurangkan
ketidakfahaman penggunaan bahasa klasik di dalam filem ini. Penggunaan latar
yang lebih moden membantu penonton meningkatkan tahap kefahaman mereka sewaktu
menonton filem ini. Baz Luhrmann sebagai pengarah telah membuat penggabungan
unsur moden dan klasik bagi filem ini.
Luhrmann dan rakan penulisan skrip beliau, Craig Pearce, memutuskan
bahawa, walaupun mereka tidak mahu menggunakan sepenuhnya latar zaman
pemerintahan Queen Elizabeth seperti yang digambarkan di dalam karya asal
tetapi mereka bersetuju memasukkan elemen sosial, agama dan politik seperti
yang digunakan Shakespeare.
Mereka akhirnya
memutuskan Mexico sebagai lokasi utama untuk mewujudkan suasana ini tetapi di
dalam konteks yang lebih moden. Lokasi asal iaitu di Verona, Italy telah
menjadi Verona Beach untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
No comments:
Post a Comment